TLC: Kaji Selidik Kelas Tambahan Digital oleh Maxis
22 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan oleh pihak Maxis. Program ini telah berlangsung pada 21 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kaji selidik ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah serta pengunjung PI yang terdiri daripada ibu bapa dan kakitangan awam.Tujuan kaji selidik ini adalah untuk menemu bual pelajar- pelajar dan pengunjung PI tentang pendidikan sedia ada. Di samping itu, pihak Maxis turut memperkenalkan cara pembelajaran terbaru yang bakal dilaksanakan pada pertengahan 2015 dan awal 2016.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: